Orienteering

Orienteering ialah suatu sukan rekreasi yang memerlukan pesertanya mengemudikan dirinya sendiri, berjalan atau berlari, menempuh pelbagai variasi rupabumi untuk tiba ke destinasi yang dikenali sebagai titik kawalan. Peserta adalah bebas memilih laluannya sendiri berpandukan peta dan kompas.
 
Orienteering mula diperkenalkan di Sweeden pada tahun 1918 di kalangan tentera dan kemudiannya Major Renst Killander mempopularkan sukan orienteering kepada orang awam. Pada tahun 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering Federation ) ditubuhkan di Conpenhagen dengan keahlian dari 10 buah negara termasuklah Denmark, Finland dan Jerman Barat.
 
Di Malaysia, orienteering diperkenalkan dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983. Pada tahun 1988, Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Wilayah Orienteering Association –WOA) ditubuhkan dan pada tahun yang sama, WOA julung kalinya telah berjaya mengadakan Kejohanan Orienteering Tebruka Malaysia 1988.
 
Pada tahun 1992, WOA memohon untuk mewakili Malaysia untuk menjadi ahli gabungan IOF dan ia diluluskan oleh IOF sebagai badan sementara mewakili Malaysia di dalam IOF. Tahun 1994 menyaksikan sebuah badan induk peringkat kebangsaan iaitu Persatuan Orienteering Malaysia (Malaysia Orienteering Association-MOA) berjaya ditubuhkan bagi menyelaraskan dan mengawal segala aktiviti sukan orienteering di Malaysia dan menjadi ahli gabungan IOF. MOA di tubuhkan dengan mempunyai enam cawangan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Johor.

BAHAN ORIENTEERING

Nota asas ringkas_Orienteering.pdf (151,7 kB)